Alhamdulillah selepas 2 tahun aku dan abang sepupu ku berusaha, akhirnya satu ladang Kelapa Matag seluas 3 ekar dapat kami wujudkan di Kampong Separap Parit sulong Batu Pahat.
Walaupun belum lagi menampakkan hasil, kami tetap merasa puas kerana dapat melihat akan hasil titik peluh dan wang ringgit yang di laburkan.
Sambil menunggu hasil dari kelapa yang di tanam, beberapa jenis tanaman sampingan telah di usahakan. Enam bulan lepas, kami telah mendapat hasil dari tanaman sampingan seperti Labu dan Mentimun.
Enam Bulan Lalu.
Lihatlah anak-anak pokok kelapa masih lagi kecil tetapi pucuknya seolah-olah melambai-lambai ketika di tiup oleh angin.
Sewaktu kecil ku, disinilah tempat untuk aku dan arwah ayahku menumpang berteduh dan melepaskan lelah setelah penat mengait dan mengumpul kelapa bagi mencari rezeki yang halal.
Apabila waktu hujan, di bawah rumah inilah aku dan arwah ayah ku berteduh sambil meneguk air "jarang" yang kami bawa sebagai bekal.
Labu dan Pisang Tanduk juga menjadi tanaman sampingan pilihan kami.
Enam bulan telah berlalu. Labu dan Mentimun telah pun berganti dengan tanaman baru. Yang tinggal adalah Pokok-pokok kelapa dengan tanaman pisang Tanduk yang semakin menyubur dan menghasilkan buah yang agak lumayan pulangannya.