Monday, September 17, 2012

KELAPA MATAG - Alhamdulillah.... Allahhuakbar .. Setelah 5 tahun Penat lelah sepupu ku telah berhasil

Pepatah Orang tua-tua... berbudi kepada tanah maka hasilnya .. Alhamdulillah. Rasa hilang penat lelah bila melihat hasil dari kelapa yang kami tanam. Gambar yang di ambil ini adalah 2 hari selepas Raya Aidilfitri 2012.

Lokasi Kebun   :=    Kampung Separap , 83000 Batu Pahat, Johor
kawal selia        :=    Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu,Simpang Lima, Peserai, 83020 Batu Pahat, Johor.

Hasil pertama dari kebun kelapa aku. 30 biji di jual sebagai kelapa Santan.  Banyaknya santannnnn...  Alahaii manis airnya... Tak semanis Gula tapi cukuplah bila orang meminumnya dan disebut manisla airnya.....
Terdapat berbagai warna buahnya.. Nak sebut aku tak tau apa warnanya. Hijau ada 2 atau 3 warna. Oren ada juga kot.
kau orang tengok sendirilah....

Kebun kelapa matag ini sentiasa menerima lawatan dari para petani yang datang mengambil kursus berkaitan menanam pokok kelapa matag di Kawasan Batu Pahat. Apa yang di beritahu oleh pegawai berkaitan, kebun ini adalah salah satu kebun yang terbaik dan terjaga di kawasan batu pahat dibawah skim pekebun kecil. Aku amat berterima kasih kepada Abang sepupu yang berusaha sepenuh tenaga dalam projek ke dua aku ini.

Apabila Kawasan tanaman kelapa mempunyai saliran perparitannya berkeadaan elok maka hasilnya seperti di bawah ini. 




Sekiranya kawasan tanaman mengalami air bertakung dan tanah sentiasa lembab, maka pertumbuhan agak terencat. Walaupun pokok nampak subur tetapi masih tidak berbuah seperti mana kawasan yang kering dan tiada air bertakung.




12 comments:

emzex said...

Mana nak dpt benihnya. Sy tinggal di sg petani kedah.

Unknown said...

salam tuan nak wat lnkp kat tpk surau ok tak? Nor azri 013 777 0773

Mr Andrey said...

Salam.. tumpang tanya.. boleh tahu mana nk dapatkan anak benih pokok kelapa matag nie.. Terima Kasih.. Zarul.. azarul.kemat@yahoo.com

Pemuda Baru said...

benih kelapa MATAG di Malaysia setakat ini hny dikeluarkan oleh Stesen Pembangunan Komoditi, Jabatan Pertanian Pagoh, Johor dan Jenderata Estate,United Plantation Hutan Melintang, Perak tapi hny boleh diedarkan oleh Jab. Pertanian Putrajaya.
klu nk maklumat lanjut boleh hubungi sy di 05-6791025
-Hisham

Unknown said...

salam.. area2 kelantan ada x benih Matag F1

MSI said...

Salam wbt
Ada no fon cousin tu?
Saya orang Batu pahat, cadang nak mula beli dalam kuantiti kecil tapi konsisten, baru nak start niaga

My fon number 0167225669

RVW said...

Boleh share gambar buah kelapa?

Unknown said...

hi jimi, saya berminat mencari supplier kelapa matag segar di johor, boleh berikan contact sepupu awak?

contact saya 012-2055973

Unknown said...

Assalam..saya peraih kelapa mataq dan juga pandan. Saya mencari pengeluar kelapa mataq dan pandan jika ada. Saya mengedar kelapa matag dan pandan sekitar Batu Pahat dan Johor Bahru. Syarikat pengedar saya beralamat di Kampung Patah Pedang Minyak Beku. No tel saya 013-756 3734, hubungi saya untuk urusan perniagaan. Terima kasih

Unknown said...

Salam Tuan,

Sy berminat utk dapat kan benih

Bercadang utk tanam di bakri,Muar

ni no.phn sy : 017-395 7919

Kopeknyioq said...

Assalam kaw.utara xde ke benih kelapa mataq f1 ni..tengok2 semua jauh belaka

Unknown said...

saya mencari benih matag f1 setakat ni cuba cal pej pertaanian pagoh ttp x jwp. mana nak dapat?