Wednesday, July 15, 2020

Kelapa Mataq- 4 Tahun mencuba dengan benih dari induk. Walaupun di katakan baka F1, tapi hasilnya tetap seperti Induk

Rupanya aku telah lama meninggalkan Page ini. Rasa kekok untuk mengemaskini maklumat terbaru tentang tanaman kelapa Mataq ku.
Alhamdulillah ... tak sia-sia aku tanam kelapa mataq yang aku dapat dari saudara Jumali 4 tahun lepas. Walaupun dari benih yang gugur, tapi hasilnya serupa juga seperti induk, amat lumayan.
Lihatlah Pokok Induk yang aku ambil benihnya.




Dan perhatikan pula pokok yang di hasilkan dari induk setelah 4 tahun di jaga secara santai.
Aku tak ada masa untuk pening kepala mencari benih kelapa kerana telah ada buktinya.
Yang penting bagi aku mendapatkan hasilnya.
Aku tidak pernah mendengar orang bertanya ini santan kelapa apa? Yang selalu aku dengar Bang bagi saya santan se kilo.
Bagi yang memerlukan benih kelapa, bolehlah menghubungi sama ada Call atau Wasap Saudara Jumali 019-7068486

 

Monday, April 21, 2014

Kelapa Mataq .. Purata buah bagi satu tandan antara 15 hingga 25 Biji.

Ini lah dia hasil Kelapa Mataq yang telah di hasilkan di dalam kebun ku hasil usaha abang sepupu aku. Hasilnya amat lumayan, dimana setiap tandan mempunyai purata buahnya diantara 15 hingga 25 biji. Terkadang terdapat juga sehingga 30 Biji. Bila terlalu banyak, buahnya pada satu-stu tandan, ia akan menyebabkan tandan akan patah. Terpaksalah di tampung dengan penyangga. Atau terpaksa di buang beberapa butir agar tandan tersebut dapat kekal hingga buahnya menjadi tua.


Terdapat 22 Biji dalam tandan ini. Walaupun buahnya banyak tetapi size sebenar isi kelapa adalah besar dan banyak. Rasa airnya manis, tak perlu di tambah gula. Isi nya pula tebal dan sungguh sedap. 

Perbezaan antara Kelapa mataq dengan Kelapa biasa. Dimana kelapa biasa hanya beberapa biji sahaja dalam satu Tandan.
Walaupun demekian Kelapa mataq ini mempunyai beberapa warna. Warna hijau sahaja mempunyai 3 iaitu hijau tua, hijau muda dan hijau cair .. begitu juga yang berwarna Perang .. Terdapat juga kelapa mataq berwarna kekuningan.