Subuh 12/08/2009 isteri ku mengadu bahawa suhu badan Yasaq amat panas dan adiknya Yasa' sudah seminggu batuk tidak reda walaupun telah berjumpa doktor sebanyak 2 kali. Kerisauan dengan suasana masa kini, aku terus membawa anak2 ke Klinik panel yang beroperasi 24 jam di Bandar Klang. Malangnya Dr yang bertugas baru sahaja balik dan Dr gantian akan hadir pada pukul 9 Pagi. Sedangkan waktu itu baru pukul 6.30 pagi. Aku terus mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke hospital terdekat. Oleh kerana badan Yasaq terlalu panas, ia di masukkan ke wad emergancy. Dr yang memeriksa memberi tahu suhu badan 40', masa tu juga Dr masukkan ubat melalui belakang Yasaq untuk menurunkan suhu badannya. Dr yang memeriksa anak-anak aku memberi tahu bahawa Yasa' dan Yasaq perlu menjalani X-Ray kerana paru-paru mempunyai bunyi agak berlainan. Apabila keputusan X-ray di perolehi, Yasa' mengalami jangkitan pada Paru-paru dan Yasaq tidak mengalami masaalah tetapi suhu badan yang tinggi menyebabkan mereka berdua perlu di tahan dan dimasukkan dalam Wad.
Lima hari kami menemani anak-anak di dalam Wad, membuatkan aku dan isteri turut mengalami gangguan kesihatan. Hari ke 3 isteri ku mengalami demam dan batuk-batuk. Aku pula mengalami Deman, Batuk dan Cirit disebabkan tidak menjaga makan.
Hari pertama Mereka di Wad
Hari pertama di masukkan dalam Wad.. Masing-masing keletihan kerana mereka kekurangan air dalam badan.
Sehari suntuk lepak serta tidur keletihan.
Masing-masing tiada selera untuk makan.
Lepak dan keletihan dek kekurangan air dalam badan.
Selepas beberapa jam di masukkan air kedalam badan... Mula nampak cergas dan mengadu lapar perut.
Hari kedua Mereka di Wad
Mereka Mula menjamah makanan..
Nak Pi Membuang
Dah kenyang masing-masing nak pi membuang..