Pepatah Orang tua-tua... berbudi kepada tanah maka hasilnya .. Alhamdulillah. Rasa hilang penat lelah bila melihat hasil dari kelapa yang kami tanam. Gambar yang di ambil ini adalah 2 hari selepas Raya Aidilfitri 2012.
Lokasi Kebun := Kampung Separap , 83000 Batu Pahat, Johor
kawal selia := Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu,Simpang Lima, Peserai, 83020 Batu Pahat, Johor.
Hasil pertama dari kebun kelapa aku. 30 biji di jual sebagai kelapa Santan. Banyaknya santannnnn... Alahaii manis airnya... Tak semanis Gula tapi cukuplah bila orang meminumnya dan disebut manisla airnya.....
Terdapat berbagai warna buahnya.. Nak sebut aku tak tau apa warnanya. Hijau ada 2 atau 3 warna. Oren ada juga kot.
kau orang tengok sendirilah....
Kebun kelapa matag ini sentiasa menerima lawatan dari para petani yang datang mengambil kursus berkaitan menanam pokok kelapa matag di Kawasan Batu Pahat. Apa yang di beritahu oleh pegawai berkaitan, kebun ini adalah salah satu kebun yang terbaik dan terjaga di kawasan batu pahat dibawah skim pekebun kecil. Aku amat berterima kasih kepada Abang sepupu yang berusaha sepenuh tenaga dalam projek ke dua aku ini.
Apabila Kawasan tanaman kelapa mempunyai saliran perparitannya berkeadaan elok maka hasilnya seperti di bawah ini.
Sekiranya kawasan tanaman mengalami air bertakung dan tanah sentiasa lembab, maka pertumbuhan agak terencat. Walaupun pokok nampak subur tetapi masih tidak berbuah seperti mana kawasan yang kering dan tiada air bertakung.