Friday, December 4, 2009

KELAPA MATAG - Selepas enam bulan berlalu

Enam bulan kemudian

Projek kedua ku .. Penanaman Kelapa Matag ..

Walaupun projek ku belum menghasilkan sebaran pendapatan, tetapi aku rasa puas dengan hasil yang telah Allah berikan. Penat lelah kami selama ini telah membuahkan sesuatu yang amat bermakna. Allah tidak mensia-siakan hasil keringat abang sepupu ku. Pokok kelapa yang kami usahakan telah tumbuh dengan cepat dan amat mengembirakan hati kami. Berterima kasih kami ucapkan kepada jabatan pertanian simpang lima yang membantu dalam projek kami ini.

kami di bekalkan dengan berbagai racun mahluk prosak dan juga berbagai jenis baja iaitu baja kapur, Baja (15)+(15)+(13+1+1)- Aku pun tak tau apa kegunaan baja ini.. Yang penting kami ikut jadual yang di senaraikan oleh pihak pertanian ketika membaja pokok-pokok kelapa kami.

Lihatlah hasil penat lelah Abang sepupu ku.

























Betapa seronoknya bila melihat pohon kelapa yang berusia satu setngah tahun hidup subur serta melambai-lambai ketika di tiup angin. Terbayar rasanya segala usaha dan penat lelah kami selama ini. Bershyukur aku kepada Nya kerana memberi aku kekuatan dan rezeki untuk mengusahakan tanah pusaka peninggalan aruah ayahku.

















Apabila kita berbudi pada tanah, hasilnya tidak pernah dapat di jangka.
Sambil menunggu pokok kelapa mengeluarkan hasilnya, tanaman sampingan telah di usahakan. Musim lalu di usahakan dengan tanaman kacang, mentimun, labu dan keladi. Masa kini pokok pisang tanduk pula di usahakan. Lihatlah betapa suburnya pokok-pokok pisang kami ini.























Sebahagian dari pokok-pokok pisang kami yang telah berbuah. kami sentiasa berdoa agar segala usaha kami di kurniakan rezeki yang halal...














Yang penting hati ku terhibur bila melihat mereka ini riang bermain sambil berkejaran di celah-celah pokok kelapa yang aku usahakan.





















Sunday, October 25, 2009

Kelapa MATAG - Projek ke dua ku ..

Selepas projek pertama ku membuka Dusun seluas 3 ekar di Sungai Dara Tanjung Malim membuahkan hasil, aku meneruskan pula projek menanam KELAPA MATAG. Projek ini di bantu oleh Jabatan Pertanian Kawasan Simpang Lima Batu Pahat.

Alhamdulillah selepas 2 tahun aku dan abang sepupu ku berusaha, akhirnya satu ladang Kelapa Matag seluas 3 ekar dapat kami wujudkan di Kampong Separap Parit sulong Batu Pahat.
Walaupun belum lagi menampakkan hasil, kami tetap merasa puas kerana dapat melihat akan hasil titik peluh dan wang ringgit yang di laburkan.

Sambil menunggu hasil dari kelapa yang di tanam, beberapa jenis tanaman sampingan telah di usahakan. Enam bulan lepas, kami telah mendapat hasil dari tanaman sampingan seperti Labu dan Mentimun.

Enam Bulan Lalu.

Lihatlah anak-anak pokok kelapa masih lagi kecil tetapi pucuknya seolah-olah melambai-lambai ketika di tiup oleh angin.
























Anak pokok kelapa Matag berlatarbelakangkan rumah yang sudah usang. Rumah ini berada di atas tapak asal yang telah menjangkau lebih dari 100 tahun. Walaupun demekian bahan binaannya telah beberapa kali bertukar ganti.

Sewaktu kecil ku, disinilah tempat untuk aku dan arwah ayahku menumpang berteduh dan melepaskan lelah setelah penat mengait dan mengumpul kelapa bagi mencari rezeki yang halal.
Apabila waktu hujan, di bawah rumah inilah aku dan arwah ayah ku berteduh sambil meneguk air "jarang" yang kami bawa sebagai bekal.

Hasil tanaman sampingan pertama yang telah kami usahakan iaitu mentimun.










Labu dan Pisang Tanduk juga menjadi tanaman sampingan pilihan kami.


















Enam bulan telah berlalu. Labu dan Mentimun telah pun berganti dengan tanaman baru. Yang tinggal adalah Pokok-pokok kelapa dengan tanaman pisang Tanduk yang semakin menyubur dan menghasilkan buah yang agak lumayan pulangannya.

Saturday, August 22, 2009

Kerisauan hati bila 2 orang anak masuk Hospital.

Subuh 12/08/2009 isteri ku mengadu bahawa suhu badan Yasaq amat panas dan adiknya Yasa' sudah seminggu batuk tidak reda walaupun telah berjumpa doktor sebanyak 2 kali. Kerisauan dengan suasana masa kini, aku terus membawa anak2 ke Klinik panel yang beroperasi 24 jam di Bandar Klang. Malangnya Dr yang bertugas baru sahaja balik dan Dr gantian akan hadir pada pukul 9 Pagi. Sedangkan waktu itu baru pukul 6.30 pagi. Aku terus mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke hospital terdekat. Oleh kerana badan Yasaq terlalu panas, ia di masukkan ke wad emergancy. Dr yang memeriksa memberi tahu suhu badan 40', masa tu juga Dr masukkan ubat melalui belakang Yasaq untuk menurunkan suhu badannya. Dr yang memeriksa anak-anak aku memberi tahu bahawa Yasa' dan Yasaq perlu menjalani X-Ray kerana paru-paru mempunyai bunyi agak berlainan. Apabila keputusan X-ray di perolehi, Yasa' mengalami jangkitan pada Paru-paru dan Yasaq tidak mengalami masaalah tetapi suhu badan yang tinggi menyebabkan mereka berdua perlu di tahan dan dimasukkan dalam Wad.

Lima hari kami menemani anak-anak di dalam Wad, membuatkan aku dan isteri turut mengalami gangguan kesihatan. Hari ke 3 isteri ku mengalami demam dan batuk-batuk. Aku pula mengalami Deman, Batuk dan Cirit disebabkan tidak menjaga makan.

Hari pertama Mereka di Wad

Hari pertama di masukkan dalam Wad..  Masing-masing keletihan kerana mereka kekurangan air dalam badan.

Sehari suntuk lepak serta tidur keletihan.









Masing-masing tiada selera untuk makan. 










Lepak dan keletihan dek kekurangan air dalam badan.






Selepas beberapa jam di masukkan air kedalam badan...  Mula nampak cergas dan mengadu lapar perut.


Hari kedua Mereka di Wad



Mereka Mula menjamah makanan..






























Nak Pi Membuang



Dah kenyang masing-masing nak pi membuang..