Sunday, October 25, 2009

Kelapa MATAG - Projek ke dua ku ..

Selepas projek pertama ku membuka Dusun seluas 3 ekar di Sungai Dara Tanjung Malim membuahkan hasil, aku meneruskan pula projek menanam KELAPA MATAG. Projek ini di bantu oleh Jabatan Pertanian Kawasan Simpang Lima Batu Pahat.

Alhamdulillah selepas 2 tahun aku dan abang sepupu ku berusaha, akhirnya satu ladang Kelapa Matag seluas 3 ekar dapat kami wujudkan di Kampong Separap Parit sulong Batu Pahat.
Walaupun belum lagi menampakkan hasil, kami tetap merasa puas kerana dapat melihat akan hasil titik peluh dan wang ringgit yang di laburkan.

Sambil menunggu hasil dari kelapa yang di tanam, beberapa jenis tanaman sampingan telah di usahakan. Enam bulan lepas, kami telah mendapat hasil dari tanaman sampingan seperti Labu dan Mentimun.

Enam Bulan Lalu.

Lihatlah anak-anak pokok kelapa masih lagi kecil tetapi pucuknya seolah-olah melambai-lambai ketika di tiup oleh angin.
























Anak pokok kelapa Matag berlatarbelakangkan rumah yang sudah usang. Rumah ini berada di atas tapak asal yang telah menjangkau lebih dari 100 tahun. Walaupun demekian bahan binaannya telah beberapa kali bertukar ganti.

Sewaktu kecil ku, disinilah tempat untuk aku dan arwah ayahku menumpang berteduh dan melepaskan lelah setelah penat mengait dan mengumpul kelapa bagi mencari rezeki yang halal.
Apabila waktu hujan, di bawah rumah inilah aku dan arwah ayah ku berteduh sambil meneguk air "jarang" yang kami bawa sebagai bekal.

Hasil tanaman sampingan pertama yang telah kami usahakan iaitu mentimun.










Labu dan Pisang Tanduk juga menjadi tanaman sampingan pilihan kami.


















Enam bulan telah berlalu. Labu dan Mentimun telah pun berganti dengan tanaman baru. Yang tinggal adalah Pokok-pokok kelapa dengan tanaman pisang Tanduk yang semakin menyubur dan menghasilkan buah yang agak lumayan pulangannya.

2 comments:

libra said...

salam...saya selalu mengikuti perkembangan blog saudara ni. tapi kenapa tak masukan perkembangan projek kelapa matag tu untuk tahun 2010 ni. rasanya dah tinggi pokok kelapa yang ditanam tu.

libra said...

kepada tuan punya blog, tolonglah updatekan blog saudara ni. saya amat berminat dengan projek yang sedang saudara usahakan.